Kehebatan senibina istana Al- Hambra memperlihatkan daya kreativiti dan nilai kesenian tinggi yang dimiliki oleh pakar senibina Islam.
Kecemerlangan Andalusia di
bawah pemerintahan Islam berlangsung selama hampir 8 abad, suatu jarak yang seharusnya
menjadi teladan kepada masyarakat dunia.
Bermula dengan kejayaan Tariq
ibn Ziyad menguasai Andalusia pada tahun 711M sehingga kerajaan Nasiriyyah atau
Bani Ahmar mengakhiri pada tahun 1492M, merupakan zaman yang cukup membuktikan
betapa kemunculan tamadun barat ada perkaitannya dengan kecemerlangan Tamadun
Islam yang telah terbina di Kota Andalusia.
Sehingga kini, Andalusia
menjadi tempat bersejarah. Ramai pengkaji dari pelbagai negara melakukan
pengkajian kesan peninggalan Islam di sana.
Keunikan kedudukannya, ditambah
pula dengan kepelbagaian bangsa dan agama ketika pemerintahan Islam dan
kecemerlangan budaya ilmu yang berlaku di Andalusia telah menyebabkan rantau
ini menjadi sangat penting dalam menggali sejarah untuk melihat sumbangannya dalam
ketamadunan moden.
Masakan tidak, kebanyakan
ilmu-ilmu moden seperti matematik, fizik, astronomi dan lainnya pernah
berkembang pesat di Andalusia tanpa mengira batas perbezaan agama.
Maka, nama-nama besar seperti
Maimonides (1135M-1205M) – seorang ahli teologi pernah terkenal di Andalusia
pada zaman pemerintahan Islam, walaupun beliau berasal daripada bangsa Yahudi.
Ketika itulah dikatakan bahawa
zaman intelektual berkembang pesat dengan munculnya tokoh dalam kalangan Islam
seperti Ibn Rushd (1126M-1198M) yang dapat berdialog dan mempertahankan
idea-idea Islam dengan golongan Yahudi. Pemikiran ini jualah telah mempengaruhi
golongan Kristian yang dipimpin oleh Tomas Aquinas (1225M-1274M) selepas
zamannya.
Kepesatan keilmuan yang mendominasi Andalusia pada waktu
kemuncaknya adalah ketika rantau ini berada di bawah pemerintahan Islam.
Kejayaan Islam membawa ketamadunan di barat melalui Andalusia sesungguhnya
sesuatu yang sangat unik.
Permulaan kisah duka berlaku
apabila kerajaan-kerajaan kecil yang muncul di Andalusia terbentuk apabila
kepimpinan utama mulai lemah.
Lebih tepat lagi, ia rentetan
daripada kelemahan pemimpin di kalangan Bani Umaiyyah yang menguasai Andalusia
selepas daripada Khalifah al-Muntansar Billah (961-976M).
Semasa pemerintahan Islam, Andalusia terkenal dengan keindahan senibina yang memiliki elemen estetika yang mengagumkan.
Bermula dari ini, Andalusia
yang diperintah oleh sebuah kerajaan, berpecah menjadi banyak daerah kecil
yang membentuk lebih daripada 20 kerajaan kecil.
Pembentukan kerajaan-kerajaan
kecil ini yang turut dikenali sebagai Muluk al-Tawa’if wujud
disebabkan oleh antaranya semangat kepuakan, iaitu ingin mengangkat puak
sendiri.
Mereka seolah-olah secara tidak langsung telah tidak perpegang kepada semangat Ukhuwwah Islamiyyah dan seakan menjerumus kepada perkauman sesama sendiri.
Fenomena ini berlaku setelah
pucuk pimpinan di Cordova mengalami masalah dalaman iaitu bergaduh dan
bercakaran, malah ada yang saling menindas semata untuk merebut jawatan
khalifah.
Secara tidak langsung,
kerajaan-kerajaan kecil ini wujud pada dekad akhir pemerintahan Bani Umaiyyah
di Andalusia, iaitu kira-kira sekitar tahun 403H / 1012M.
Namun bibit-bibit perpecahan
awal telah pun wujud atau dapat dilihat 20 tahun lebih awal iaitu semasa
Khalifah Hisham II yang memegang tampuk pemerintahan.
Perpecahan adalah jelas ketara setelah al-Mansur Ibn Abi Amir meninggal dunia pada tahun 392H / 1002M.
2 Januari 1492 merupakan detik hitam di dalam sejarah umat
Islam khususnya umat Islam di Granada.
Kejatuhan Granada di tangan Ferdinand II Of Aragon dan Isabella of
Castille menyebabkan runtuhnya empayar Islam Nasrid di tanah Andalus.
Ferdinand dan Isabella
menggunakan moto dan polisi ‘To Constitute Spain to The Service of
God‘ dan ‘All-Christian Spain‘ bagi menjustifikasikan
perang ini.
Antara punca besar kejatuhan
ini juga adalah akibat peperangan dan pergaduhan antara pemerintah dan umat
Islam di Tanah Andalus.
Peperangan berlaku di antara
Abū Abd Allāh Muhammad XII atau Boabdil yang dikenali sebagai seorang
pemerintah yang lemah dan seorang putera yang memberontak menentang ayahnya Abū
Al-Hassān Alī dikenali sebagai Mullay Hassan, dan pakciknya Abū Abd Allāh Muhammad
III dikenali sebagai el-Zagal.
Pada tahun 1483, Boabdil telah
ditawan di Lucena oleh tentera Kristian dan akhirnya beliau tunduk dengan
perjanjian dengan Ferdinand dan Isabella untuk ‘bekerjasama’ (taat) kepada
mereka dan dijanjikan ‘habuan’ iaitu bakal dilantik sebagai pemerintah Granada,
satu kedudukan yang sememangnya diidam-idamkan oleh Boabdil.
Ketika serangan Ferdinand II
keatas Mullay Hassan dan El-Zagal di Malaga, Ferdinand II telah meminta Boabdil
untuk tidak masuk campur di dalam serangan keatas Malaga. Akhirnya, Malaga
jatuh ke tangan Kerajaan Kristian.
Kemudiannya Bandar Baza,
Almuñécar, Salobreña dan Almería.
Terakhir sekali, pada Januari
tahun 1492, Boabdil telah diseru oleh Ferdinand II untuk menyerahkan Granada
setelah beberapa bulan dikepung.
Pada tanggal 2 Januari 1492, umat Islam telah kehilangan tanah
Andalus dan dipaksa memeluk Kristian atau diusir dan tanah serta harta mereka
dirampas. Mereka yang enggan akan dibunuh oleh kerajaan Kristian Spain.
Kejatuhan Granada telah merubah
landskap Eropah menyebabkan Eropah tiada negara Islam sehingga kini dan manifesto
‘All-Christian‘ berjaya ditegakkan di Eropah.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests