AS angkat kaki: Musuh Bashar berdepan tindakan balas dendam

Presiden Syria, Bashar Al Assad

Presiden Donald Trump meneruskan dasar luarnya yang drastik dan komplikated. Fokus utamanya kini ialah pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Syria.

Trump sudah menandatangi arahan itu. Ini disahkan pasukan keselamatan AS pada 23 November lalu. Satu langkah mudah setelah mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Walaupun tindakan mendadak Trump menimbulkan ruang bahaya kebangkitan semula pengganas ISIS, AS nampaknya tidak peduli. Ancaman militan yang pernah menguasai 60 peratus bumi Iraq dan Syria kini bukan lagi masalah Washington. Trump jelas enggan peduli.

“Arahan pengunduran tentera AS dari Syria sudah ditandatangani,” kata pasukan keselamatan.

Pengunduran tentera AS pasti mencetuskan suasana kelam-kabut di Syria. Terutama di wilayah yang masih belum dikuasai tentera Bashar. Serta tiada jaminan orang awam akan dilindungi sekiranya sel militan ISIS kembali aktif.

Ketika ISIS mula mengganas lima tahun lalu, Syria berdepan konflik perang saudara negara tiga penjuru. Antara tentera Bashar, dengan pejuang Syria Liberation Army (SLA) yang ditaja sekutu Barat, serta kebangkitan luar biasa pengganas ISIS.

Pembabitan tentera AS di Syria khusus bagi menekan pengaruh ISIS yang menggerakkan sel militan globalnya dengan berpangkalan di Iraq dan Syria.

Impak AS berundur dan dilema Turki

Turki tidak mesra dasar AS. Namun, bekerjasama dalam menentang ISIS. Pengunduran AS secara drastik ada risiko domestik terhadap Tukri.

AS bekerjasama dengan pejuang Kurdish dalam memerangi ISIS. Kurdish menerima sokongan persenjataan moden dari AS. Kini, Kurdish yang bermusuh dengan Turki atas agenda menuntut wilayah merdeka, bakal terdedah pada perang saudara dengan Ankara.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berjabat dengan Presiden AS, Donald Trump

Trump dan Erdogan bercakap menerusi telefon pada 23 Disember lalu, dan ā€˜bersetuju memastikan kerjasama antara dua negara, tentera, diplomatik dan pihak berkuasa bagi mengelak lompang kuasa berpunca daripada pengunduran dan fasa peralihan di Syria.

Namun, ia tidak menjamin adanya jalan keluar mengelakkan perang saudara antara Turki dan pejuang Kurdish pro-AS.

Potensi Bashar Kembali Mengganas

Tragedi Ghouta satu pengajaran yang mahal. Apabila pejuang anti-Bashar Assad dibiar terkontang-kanting, ia memberi gambaran Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Barat tidak lagi mempedulikan pejuang Syria.

Ghouta diserang secara kejam oleh rejim Bashar pada Mac 2018. Serangan ganas melalui udara itu menghancurkan kubu kuat pemberontak di Timur Damsyik.

Tanpa belas ihsan, rejim Bashar membunuh lebih 30 penduduk awam termasuk kanak-kanak.

Seorang kanak-kanak diselamatkan di Ghouta, Syria

Kumpulan pemantau berasa kecewa kerana dunia seakan-akan mengabaikan kekejaman ini.

“34 orang awam terbunuh terkena roket dan 11 mangsa adalah kanak-kanak,” kata Ketua Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman.

AS angkat kaki selepas musnahkan Syria

Selepas berjaya menghasut rakyat Syria bangkit menentang Bashar pada November 2011, dengan memberikan bantuan senjata dan pengaruh antarabangsa, AS dan Barat kini hanya berdiam diri. Kubu pejuang Syria di Ghouta dibom hampir setiap hari sejak dua bulan lalu.

Tujuh tahun lalu, rakyat Syria terpengaruh dengan Arab Spring yang meletus secara domino di Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir. Semua Revolusi Cedar tajaan AS mencapai kejayaan di Utara Afrika. Cuma Syria, rakyat gagal menjatuhkan Bashar.

Akibatnya, kini enam juta penduduk Syria menjadi pelarian di Turki, Lebanon, Jordan dan di Eropah pula, mereka bersepah di Greece, Jerman, Perancis dan Itali. Manakala hampir 600 ribu menjadi korban di Syria sejak bermula Arab Spring.

Reuters melaporkan Tentera Syria menghentikan seketika pengeboman di Douma, kubu terakhir pembangkang di Timur Ghouta. Ini bagi memberikan peluang pejuang anti-Bashar melarikan diri. Satu gambaran – tiada lagi sokongan AS dan Barat terhadap nasib pejuang.

Rakyat Syria meninggalkan Ghouta

Ribuan pemberontak dan anggota keluarga mereka meninggalkan Harasta dengan bas semalam selepas berjanji dengan kerajaan untuk menyerahkan bandar itu. Pemberontak di beberapa bandar kecil berhampiran turut bersetuju meninggalkan wilayah mereka dengan syarat sama.

Walaupun Pemerhati Hak Asasi menjerit selama dua bulan mengenai nasib 400 ribu penduduk Ghouta, AS dan Barat memekakkan telinga.

Dalam tempoh itu, 1600 penduduk awam Ghouta mati dibom. Penduduk dan kumpulan hak asasi menuduh Bashar membunuh secara rawak. Tentera Syria menggunakan bom tong yang digugurkan dari helikopter.

Malah, gas klorin dan bahan bakar turut menjadi mesin pembunuh yang berleluasa. Ingat! AS dan Barat turut berminat memusnahkan Turki dan Malaysia.

Sekiranya rusuhan di Ankara dan Kuala Lumpur berjaya dilakukan, AS dan Barat akhirnya akan membiarkan Turki dan Malaysia musnah seperti Syria.

Mereka telah melakukannya di Afghanistan tiga dekad lalu dan Iraq sudah 15 tahun menderita!

*Zainal Rashid Ahmad ialah wartawan dan penulis sastera yang telah menghasilkan antaranya novel Hikayat Tanah Jauh (2015) dan kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014), Magis Kota (2016), Pop Urban (2017), dan kumpulan puisi Sepi Itu Mati (2016) dan Orang Sepi Pergi ke Gurun (2018). Beliau memenangi 38 hadiah sastera.

Leave a Reply