TRAGEDI KEPALA AIR: JADI PENDENGAR YANG BAIK, BERI RUANG KEPADA WARIS MANGSA – PEGAWAI PSIKOLOGI
Orang ramai perlu prihatin dan belajar untuk menjadi pendengar yang baik semasa berurusan dengan waris tragedi kepala air Jeram Air Putih di sini, yang menjalani ujian getir penuh mencabar apabila diuji dengan kehilangan begitu ramai ahli keluarga tersayang dalam masa yang singkat.
Shahrizal Saliman, 40, (kanan) abang kepada Muhammad Fikri, 24, mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih Kemaman, melaungkan azan di lokasi kejadian hari ini. Shahrizal yakin adik kesayangannya itu akan dijumpai oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat, walau dalam apa juga keadaan dan beliau tidak akan putus berdoa. Muhammad Fikri yang berasal dari Batu Pahat, Johor antara dua mangsa yang masih hilang termasuk, Putri Nur Fatin Karim, 14. –fotoBERNAMA
CHUKAI: Orang ramai perlu prihatin dan belajar untuk menjadi pendengar yang baik semasa berurusan dengan waris tragedi kepala air Jeram Air Putih di sini, yang menjalani ujian getir penuh mencabar apabila diuji dengan kehilangan begitu ramai ahli keluarga tersayang dalam masa yang singkat.
Pegawai Psikologi Suraida Abdullah berkata pendekatan seperti memberi masa dan hanya bertanya apabila waris telah bersedia juga, adalah kaedah sokongan terbaik yang boleh disalurkan kepada mereka pada saat-saat getir ini.
“Sebenarnya paling baik adalah kita belajar untuk mendengar daripada bertanya, kerana secara psikologinya pada waktu sebegini, pertanyaan berkait kesedihan dan kehilangan itu memberi kesan kepada mereka.
“Memang kita bertanya sebab kita priharin dan ambil berat, tetapi perlu lihat kepada kesesuaian. Pesan saya kepada orang ramai dan mungkin jiran yang mahu melawat selepas ini, beri ruang untuk mereka sendiri bercerita. Apabila mereka sendiri mula buka mulut, kita dengar, belajar untuk baca air muka dan respons yang diberikan mereka,” katanya. ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini.
Beliau yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman hadir di sini bersama tiga lagi petugas bagi menjalankan Bantuan Psikologi kepada waris mangsa yang masih menunggu perkembangan operasi pencarian.
Lapan orang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih pada Sabtu lepas, dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa tragedi itu masih diteruskan sehingga kini.
Suraida berkata pihaknya juga turut menyediakan beberapa aktiviti dan permainan seperti mewarna, dan permainan dam ular khusus untuk kanak-kanak dalam kalangan waris mangsa sebagai usaha membantu mereka mengekspreskan emosi.
“Kanak-kanak ni, mereka susah untuk berkongsi, lebih-lebih lagi apabila sepupu mereka yang hilang berada dalam lingkungan umur yang sama. Tambahan pula, difahamkan mereka juga tinggal berjiran dan selalu bermain bersama.
“Bila kami bertanya, mereka banyak berdiam diri. Jadi, permainan dan aktiviti yang disediakan ini diharapkan dapat buat mereka selesa dengan kami dahulu sebelum bertanya dengan lebih lanjut,” katanya sambil menambah bahawa tragedi itu akan memberi kesan jangka panjang serta mendatangkan trauma kepada waris, dan mereka perlu dibantu segera.
Sementara itu Wana Zahari, 32, adik ipar kepada Azizah Eiyi, 40, yang terkorban dalam tragedi itu berkata dia melihat sendiri bagaimana anak saudaranya terkesan secara emosi akibat kehilangan tujuh sepupu mereka sekali gus.
Katanya mereka seolah-olah masih belum dapat menerima kejutan itu dan kerap bertanya di mana dan apakah sebenarnya yang berlaku kepada mangsa, sementelah hubungan yang rapat di antara mereka serta hampir setiap petang akan keluar bermain bersama.
“Kita sebagai dewasa kena terangkan… kakak, abang dah takda, mereka di syurga. Itulah yang kami beritahu mereka. Tiada keperluan untuk kami sorokkan kenyataan sebenar daripada mereka… Insya-Allah kelak, mereka akan faham,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests