Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRUMP DAKWA SOLEIMANI DIBUNUH UNTUK HENTIKAN PEPERANGAN, BUKAN MULAKAN YANG BAHARU

DUNIA

TRUMP DAKWA SOLEIMANI DIBUNUH UNTUK HENTIKAN PEPERANGAN, BUKAN MULAKAN YANG BAHARU

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) membunuh komander tertinggi tentera elit Iran, yang didakwa bertanggungjawab merancang operasi ketenteraan serantau Tehran, adalah untuk “menghentikan peperangan,” bukan memulakannya, kata Presiden Donald Trump pada Jumaat.

Trump menuduh Qasem Soleimani merancang “serangan ganas ke atas diplomat dan anggota tentera Amerika,” namun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, sebaliknya berkata komander itu telah “tertangkap basah,” lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Trump.

“Apa yang Amerika Syarikat lakukan semalam (Jumaat) sepatutnya telah dilakukan sejak dulu lagi,” kata Trump di kediamannya di sebuah resort di Florida, merujuk kepada pembunuhan Soleimani. “Banyak nyawa sepatutnya boleh diselamatkan.”

Soleimani, ketua tentera elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran, terbunuh dalam serangan udara AS pada awal pagi Jumaat berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Pembunuhan Soleimani menyebabkan ketegangan memuncak secara mendadak antara AS dan Iran, yang sering berlaku sejak Trump memilih untuk menarik diri daripada pakatan nuklear dengan Tehran pada 2018.

Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei, yang menganugerahkan bintang kebesaran tertinggi kepada Soleimani tahun lepas, berikrar untuk membalas dendam terhadap AS atas kematiannya. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading