Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBUNUHAN SOLEIMANI: PANGLIMA TENTERA PAKISTAN GESA SEMUA PIHAK BERTENANG

DUNIA

PEMBUNUHAN SOLEIMANI: PANGLIMA TENTERA PAKISTAN GESA SEMUA PIHAK BERTENANG

ISLAMABAD: Panglima Tentera Pakistan meminta semua pihak bertenang susulan pembunuhan komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani pada Jumaat, lapor agensi berita rasmi IRNA.

Sayap media tentera, Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR) dalaam satu kenyataan menyebut bahawa Jeneral Qamar Javed Bajwa menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo dan membincangkan situasi serantau termasuk kesan yang mungkin berlaku susulan peningkatan ketegangan baru-baru ini di Timur Tengah.

“Panglima Tentera Pakistan (COAS) menegaskan keperluan untuk bertenang dan melibatkan diri secara konstruktif oleh semua pihak bagi meredakan situasi demi keamanan dan kestabilan. COAS tuurt mengulangi keperluan mengekalkan fokus terhadap kejayaan Proses Damai Afghanistan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, kementerian luar Pakistan melalui satu kenyataan melahirkan “kebimbangan mendalam” berhubung ketegangan yang berlaku dan menggesa semua pihak agar bertenang.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dalam satu kenyataan menyebut komander itu mati syahid dalam satu serangan helikopter AS pada pagi Jumaat semasa menjalankan tugas di Baghdad.

Sementara itu, Pemimpin Agung Revolusi Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengumumkan tiga hari sebagai tempoh berkabung di seluruh negara susulan kematian Soleimani. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading