Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA AMAT BIMBANG BERHUBUNG SERANGAN UDARA DI BAGHDAD

DALAM NEGARA

MALAYSIA AMAT BIMBANG BERHUBUNG SERANGAN UDARA DI BAGHDAD

KUALA LUMPUR: Malaysia melahirkan rasa amat bimbang dengan perkembangan terbaharu susulan serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran yang berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat.

Satu kenyataan daripada Kementerian Luar Negeri hari ini memaklumkan Malaysia sentiasa berpegang bahawa semua usaha perlu diambil bagi menyelesaikan masalah atau konflik menerusi perdamaian tanpa menggunakan ancaman atau kekerasan.

Oleh itu, pada peringkat kritikal ini adalah lebih baik bagi semua pihak yang terbabit mengelakkan sebarang provokasi yang selanjutnya, melaksanakan usaha bagi menghalang dan meredakan ketegangan agar dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, menurut kenyataan itu.

Serangan dron ke atas satu konvoi yang sedang bergerak berhampiran lapangan terbang itu membunuh pegawai tertinggi keselamatan dan komander perisikan Iran, Maj.Jen Qassim Suleimani. Terdapat kebimbangan yang memuncak bahawa Iran akan mengambil tindakan balas terhadap kepentingan Amerika Syarikat di dunia Arab dan ketegangan yang sedang berlaku antara kedua-dua pihak itu dijangka merebak kepada konflik yang lebih besar antara AS dan Iran. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading