TUN M PERDANA MENTERI INTERIM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, demikian menurut Ketua Setiausaha Negara.

Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan di sini bagaimanapun berkata, baginda turut berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Selaku Perdana Menteri interim, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baharu dibentuk,” kata kenyataan Ketua Setiausaha Negara di sini. — AlHijrah Online

Leave a Reply