Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEADAAN NEGARA KEKAL AMAN – KP

DALAM NEGARA

KEADAAN NEGARA KEKAL AMAN – KP

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata keadaan dalam negara kekal aman dan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai keadaan politik negara ketika ini sehingga menjejaskan keamanan.

Abdul Hamid berkata beliau telah dititah mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi memberikan taklimat mengenai ketenteraman dan keselamatan awam ketika ini.

“Saya berada di Istana Negara sejak tengah hari tadi bagi memberikan taklimat pada Tuanku mengenai keadaan dalam negara.

Pada keseluruhannya keadaan terus aman dan tenteram. Tuanku telah menitahkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha memastikan ketenteraman serta keamanan dalam negara.

“Pihak saya setakat ini tidak terima sebarang ancaman. Tidak ada isu boleh membuatkan orang berkelahi, PDRM akan terus memantau dengan lebih dekat lagi supaya tidak tercetus apa-apa yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini, hari ini.

Abdul Hamid turut menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita palsu yang boleh mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.

“Proses demokrasi sedang berjalan dengan baik, Insya-Allah apa juga keputusan yang dibuat oleh Tuanku akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading