Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TURKI MULA EVAKUASI RAKYATNYA DARI CHINA

DUNIA

TURKI MULA EVAKUASI RAKYATNYA DARI CHINA

Foto ANADOLU

WUHAN: Pesawat kargo Turki yang akan membawa pulang rakyat negara itu dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan hari ini.

Agensi berita Anadolu melaporkan, pesawat yang turut membawa petugas kesihatan berpengalaman menangani penyakit berjangkit tiba pada jam 6 pagi waktu tempatan.

Atas inisiatif Kementerian Kesihatan, pesawat itu akan memindahkan sekurang-kurangnya 30 rakyat Turki, serta beberapa warga negara lain di tengah-tengah situasi wabak koronavirus di China.

“Seramai 48 orang, termasuk warga Azerbaijan, Albania, dan Georgia, akan dibawa ke pesawat itu selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan pakar jangkitan kami,” kata Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca di Twitter.

Sementara itu, “pemindahan akan bermula di bawah pemantauan kakitangan Kementerian Kesihatan,” kata Kementerian Pertahanan Turki dalam satu kenyataan. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading