DIANGGARKAN 1,000 pelarian Syria yang berlindung di Turki telah dihantar pulang ke Idlib atas pelbagai kesalahan, termasuk tinggal secara haram selain terbabit dengan kegiatan jenayah.
Manakala lebih 5,000
lagi yang berada Istanbul kini ditahan polis kerana menyalahi permit
tinggal di negara itu.
Tindakan berkenaan diambil kerana sebahagian besar mereka
didapati berada di luar kawasan yang dibenarkan.
Di bawah polisi sebelum ini, mana-mana pelarian Syria
yang berdaftar secara sah, mereka tidak dibenarkan berpindah randah atau
bergerak sesuka hati ke tempat lain.
Turki menjadi negara penerima pelarian Syria paling besar dengan lebih tiga juta orang diberi perlindungan di negara itu. FOTO SYRIA CARE
Menurut portal Middle East Eye (MEE), sejak minggu lalu pihak berkuasa Turki
meningkatkan rondaan dan serbuan ke atas kawasan kediaman yang menempatkan
pelarian Syria.
Bagi sesiapa yang gagal menunjukkan dokumen, mereka akan terus ditahan tanpa banyak soal.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, Pejabat
Gabenor Istanbul mengesahkan operasi yang dilakukan.
“Kami menghantar pulang pelarian yang memasuki Turki
secara haram,” petik laporan itu.
Bagi mana-mana yang memiliki dokumen tetapi berada di luar kawasan yang dibenarkan, pelarian berkenaan diberikan tempoh sehingga 20 Ogos depan. Jika masih ingkar, mereka yang ditahan akan diusir.
Aktivis mendakwa pihak berkuasa Turki telah memaksa
pelarian menandatangan “dokumen penghantaran pulang secara sukarela” ke Idlib.
Dalam reaksinya kepada MEE, pembangkang Syria di Turki,
Khaled Khoja khuatir dengan langkah terbaru itu.
“Kerajaan Turki mempunyai alasan mengenai pelarian haram,
tetapi ia boleh dibuat dengan cara yang lebih baik bukannya meletakkan nyawa
mereka dalam keadaan berisiko. Mereka dihantar ke zon perang,” katanya.
Keputusan itu dikaitkan dengan kekalahan calon parti pemerintah dalam pilihanraya pihak berkuasa tempatan Istanbul pada Jun lalu yang memaksa pentadbiran Presiden Reccep Tayyip Erdogan mengambil pendekatan lebih keras ke atas pelarian Syria di negaranya.
“Akar umbi parti merungut mengenai pelarian Syria yang membuatkan pengundi marah. Ramai mereka yang dalam parti percaya bahawa kemelut ekonomi serta krisis pelarian telah menyumbang kepada kekalahan,” kata sumber dalaman parti pemerintah AKP kepada portal MEE.
Sebelum ini Erdogan disanjung kerana memberi kebenaran
kepada untuk menerima lebih tiga juta pelarian mencari perlindungan di Turki.
Namun selepas bertahun-tahun, desakan dalaman memaksa
beliau mengambil langkah drastik bagi memenangi semula hati rakyat Turki.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul Piar, agensi yang
melakukan kaji selidik berhubung mendapati rata-rata rakyat Turki berpendapat
isu pelarian Syria menduduki tempat kedua penting selepas pengangguran.
85 peratus responden berkata mereka tidak menyokong dasar
semasa kerajaan Turki yang menerima pelarian Syria.
Selepas koflik di negara sendiri bakal memasuki tahun
kesembilan, nasib lebih 3.7 pelarian Syria yang berlindung di Turki kini
bergantung penuh kepada ihsan Ankara. Hakikatnya, Erdogan sendiri di persimpangan.
Sama ada akur dengan suara akar umbi rakyat sendiri atau terus kehilangan
majoriti.
Jika ditakdirkan beliau tersingkir pada pilihan raya nanti, apa akan jadi pada pelarian ini?
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests