Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Turki harap lebih banyak pelaburan dari Malaysia

DUNIA

Turki harap lebih banyak pelaburan dari Malaysia

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima pingat ‘Order of The Republic’ dari Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sempena Lawatan Rasmi beliau ke Turki di Kompleks Presiden. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Turki berharap lebih banyak syarikat Malaysia melabur di negara itu terutamanya dalam industri pertahanan.

Presidennya, Recep Tayyip Erdogan sebagaimana laporan Bernama berkata, industri pertahanan perlu menjadi topik utama perbincangan antara kerajaan Malaysia dan Turki serta sektor swasta, selain mempertingkatkan kerjasama perdagangan kerana kedua-dua negara telah mengekalkan hubungan dua hala yang baik sejak 1964.

“Saya percaya jumlah perdagangan perlu lebih baik. Kita boleh menumpukan kepada bidang tertentu. Dari segi kerjasama perniagaan, setiap peringkat perlu ditingkatkan,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Presiden di Ankara pada Khamis.

Sebelumnya, Dr Mahathir melawat Turkish Aerospace Industries (TAI), pusat teknologi Turki dalam aspek reka bentuk, pembangunan, pemodenan, pembuatan, integrasi dan sokongan kitaran hayat sistem aeroangkasa bersepadu, merangkumi platform udara sayap tetap dan sayap berputar serta UAV dan satelit.

Turki merupakan rakan dagang ketiga Malaysia. Pada 2018, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM9.79 bilion.

Eksport dari Malaysia ke Turki sebanyak RM7.97 bilion manakala import dari Turki ke Malaysia berjumlah RM1.82 bilion.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading