Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNIVERSITI ISLAM MADINAH TAWAR BIASISWA TANPA HAD BIDANG PENGAJIAN ISLAM UNTUK PELAJAR MALAYSIA

DALAM NEGARA

UNIVERSITI ISLAM MADINAH TAWAR BIASISWA TANPA HAD BIDANG PENGAJIAN ISLAM UNTUK PELAJAR MALAYSIA

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika lawatan di Universiti islam Madinah.

MADINAH: Universiti Islam Madinah akan menawarkan jumlah biasiswa tanpa had kepada pelajar dari Malaysia yang berminat melanjutkan pembelajaran dalam bidang pengajian Islam di institusi pendidikan tersebut.

Keputusan itu membolehkan lebih ramai rakyat dari Malaysia untuk menjadi penuntut di universiti Islam awam yang terletak di Kota Suci Madinah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tawaran itu membuktikan hubungan baik Malaysia-Arab Saudi dalam pelbagai peringkat termasuk pendidikan.

Katanya, Univesiti Islam Madinah juga selepas ini akan menawarkan pelajar dari Malaysia biasiswa (terhad) untuk bidang pembelajaran yang lebih luas dan tidak hanya untuk pendidikan agama dan syariah sahaja.

“Kami ditawarkan untuk hantar pelajar bukan semata dalam bidang agama dan syariah, tetapi dalam bidang kejuruteraan sains dan lain-lain.

“Insyaallah saya ambil maklum perkara ini dan akan berbincang dengan pihak berkepentingan dalam urusan ini untuk hantar pelajar terbaik kita untuk mendalami pelbagai ilmu di Kota Suci Madinah Munawwarah,” katanya.

Zulkilfi yang juga alumni Universiti Islam Madinah berkata demikian kepada AlHijrah Online selepas mengadakan lawatan ke institusi pendidikan berkenaan.

Berita gembira yang diterima Zulkifli itu disampaikan sendiri Presiden Universiti Islam Madinah Putera Mamdouh bin Saud bin Thunayan Al Saud.

Sebagai bekas pelajar, Zulkifli berkata universiti tersebut telah melalui banyak fasa perubahan.

Katanya, universiti itu bukan sahaja menawarkan buku-buku yang terkini, malah sistem pendidikan yang maju mengikut peredaran teknologi terkini.

Universiti Islam Madinah juga katanya berminat menawarkan program pertukaran pelajar dengan Malaysia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading