BRUNEI MULA PUASA HARI INI

BANDAR SERI BEGAWAN: Jika Malaysia dan kebanyakan negara lain mula berpuasa semalam (13 April 2021), namun tidak bagi Brunei yang hanya mula berpuasa pada hari Rabu.
Lapor BruDirect, sebagai tanda bermulanya bulan Ramadhan, sebanyak 12 das tembakan meriam dilepaskan oleh Polis Tentera Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei yang diketuai Pegawai Tugas Ketua Polis Tentera Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei, Kapten Mohammad Alihassan Haji Japar.
Pengumuman dilakukan menerusi stesen televisyen dan radio seluruh negara selepas anak bulan kelihatan pada malam selasa, seterusnya menyaksikan umat Islam di Brunei mula menunaikan solat sunat tarawih di masjid dan surau.
Menurut sumber, selain Brunei, negara lain yang turut sama mula berpuasa pada Rabu adalah Oman, Iran serta India.—AlHijrah Online