Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Usaha atasi pencemaran air perlu diselaras

DALAM NEGARA

Usaha atasi pencemaran air perlu diselaras

Kejadian di Pasir Gudang sehingga menyebabkan beberapa sekolah ditutup disahkan berpunca daripada sisa bahan kimia yang mencemari Sungai Kim Kim pada Mac lalu.

PETALING JAYA – Usaha mengatasi pencemaran air perlu diselaras supaya isu tahap kualiti air sungai negara yang mencatat penurunan dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Setakat ini tiada penyelarasan antara agensi sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan. Ketika ini terdapat beberapa agensi yang terlibat dalam pemeliharaan kualiti air sungai, sama ada peringkat Persekutuan ataupun Negeri.

Pakar Kualiti Air dan Permodelan, Dr. Zaki Zainudin berkata, satu pendekatan khas perlu diwujudkan bagi menjadi rujukan semua agensi terlibat dengan menumpukan tahap kualiti air sungai yang ingin dicapai.

Dr Zaki Zainudin

“Kita kena ada satu roadmap, satu blueprint yang boleh menjadi rujukan kepada semua agensi yang terlibat dengan mewujudkan satu target kualiti air untuk memastikan sungai kita terus diurus secara lestari”, katanya sewaktu ditemui pada Seminar Pencemaran Sungai dan Impak Bekalan Air di Semenanjung Malaysia, di Hotel Armada, di sini hari ini.

Beliau juga berkata, pihak berwajib perlu memastikan air sungai tidak akan tercemar pada masa akan datang dan memantau kerja-kerja pembangunan yang sering menghasilkan pencemaran baharu.

Selain itu sasaran berdasarkan segmen sungai yang berbeza perlulah diwujudkan supaya kualiti sungai tidak merosot walaupun adanya punca pencemaran baharu.

Menurutnya lagi, kemampuan sesebuah sungai mencairkan sisa buangan perlu diambil kira dalam menambah baik perundangan sedia ada. Ini kerana tahap pencairan sisa buangan bergantung kepada saiz dan kuantiti air di sesebuah sungai.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading