Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pasukan patologi tiba untuk bedah siasat mayat Nora Anne

DALAM NEGARA

Pasukan patologi tiba untuk bedah siasat mayat Nora Anne


Lebih 20 pengamal media berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik HTJ di sini sejak jam 6.30 pagi lagi.

SEREMBAN – Sepasukan Patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini untuk proses bedah siasat mayat gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15.

Mereka dilihat tiba di Jabatan Perubatan Forensik HTJ jam 9.06 pagi dengan menaiki kenderaan HKL.

Sementara itu lebih 20 pengamal media tempatan dan antarabangsa berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik ini seawal jam 6.30 pagi.

Malam tadi Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, bedah siasat akan dilakukan pada jam 10 pagi ini.

Beliau sebelum itu mengesahkan yang mayat ditemui kira-kira jam 1.57 tengah hari semalam merupakan mayat Nora Anne selepas keluarga membuat pengecaman di HTJ.

Mayat berkenaan ditemui sekitar 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarga Nora Anne.

Katanya, mayat dalam keadaan tidak berpakaian itu ditemui berhampiran kawasan anak sungai, dalam lingkungan radius pencarian Nora Anne. – SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading