Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

USTAZ HASLIN DISERANG ANGIN AHMAR

DALAM NEGARA

USTAZ HASLIN DISERANG ANGIN AHMAR

Menerusi hantaran di Facebook rakannya, Ustaz Abdullah Khairi, Haslin diuji dengan penyakit tersebut yang mengakibatkan bahagian kanan badannya tidak dapat bergerak.

KUALA LUMPUR: Penceramah, Ustaz Haslin Baharim, dimasukkan ke Hospital Serdang, sejak Khamis lalu akibat serangan angin ahmar atau ‘strok’.

Menerusi hantaran di Facebook rakannya, Ustaz Abdullah Khairi, Haslin diuji dengan penyakit tersebut yang mengakibatkan bahagian kanan badannya tidak dapat bergerak.

Sementara itu seorang lagi rakannya, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang memaklumkan keadaan kesihatan Haslin menunjukkan tanda-tanda positif setelah menerima rawatan.

“Keadaan Ustaz Haslin, ada sedikit ‘improvement’…

“Berkat doa sahabat-sahabat sekalian dan usaha keras pasukan perubatan hospital yang sangat berdedikasi,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, semalam.

Ramai para asatizah yang mendoakan kesihatan Haslin selain membuat kutipan bagi membantu sedikit sebanyak kos rawatan yang perlu ditanggung ahli keluarganya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

7 Comments

7 Comments

  1. Anonymous

    5 November 2024 at 10:48 AM

    Semoga USTAZ Haslin USTAZ kesayangan jutaanbMuslim KEMBALI sembuh…dgn pemakanan yg sihat…Insyallah

  2. Anonymous

    5 November 2024 at 12:05 PM

    Ya…allah….berikanlah kesihatan dan kesembuhan padanya Semoga USTAZ Haslin…..dapat mengajar seperti biasa…kami rakyat Malaysia mendoakan..nyaaaa…..aminnnn

  3. Anonymous

    5 November 2024 at 4:19 PM

    Semoga Ustz cepat sembuh..Aaminn

  4. Anonymous

    5 November 2024 at 4:30 PM

    Ya Allah….berilah kesembuhan kpd Ust Haslin dan permudahkan segala urusan….
    Sdikit tip utk Ust….
    Mohon kpd Allah utk kesembuhan:
    1/. Jangan sentuh makanan laut spt udang, ketam, sotong dan kerang2an…
    2/. Elakan makanan bergoreng…..
    3/. Kurangkan garam dan gula….
    4/. Minum herba2 : daun misai kucing….daun petai belalang….daun pandan….bolih pilh mana satu….
    5/. Bekam dibahagian kepala..leher…tangan…bahu…belakang badan sampai kaki…(Lakukan sebulan sekali – tempoh 3 bln).
    6/. Ubat2an spital jangan tinggal sebagai kawal tekanan darah dan tahap kolestrol serta tahap kecairan darah….
    7/. Lakukan Fisioterapi…slps kluar dari hospital….jadual doktor akan beri….
    Jangan abai Ust…koz saya adalah bekas pesakit kena serangan strok: 13 May 2015 dimana bahagian kanan badan tidak dpt bergerak….seminggu saya duduk Hospital Banting….
    Alhamdulillah dgn amalan di atas dan doa kpd Allah….dlm tempoh 3 bln saya dpt berjalan spt biasa….rasa kebas2 dijari tangan masih terasa terutama slps bangun dari tidur….
    Dlm tempoh setahun….tak boleh berdiri mengejut….tak boleh angkat berat2 lebih 5kg….pergerakan dlm sembahyang kena perlahan sikit….
    Alhamdulillah….slps 3 tahun saya dah mampu buat kerja2 ringan…spt memesin rumput….meracun dan membaja….
    Alhamdulillah….skarang dah 9 tahun berlalu…saya masih terus dlm pemantauan dan jumpa doktor Setiap 6 bln sekali..
    Terakhir….
    Jaga berat badan..

  5. Anonymous

    5 November 2024 at 9:39 PM

    Ìsemoga ustad kesayangan kami cepat sembuh.

  6. Anonymous

    6 November 2024 at 10:44 PM

    dah tak ada lagi lagu3 hindustan dan gelak ketawa …

  7. Anonymous

    8 November 2024 at 7:38 AM

    Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat ustaz..tabah & sabar dlm mnghadapi ujian ini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading