Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH DI PANDAN INDAH: SEBUAH KERETA TERJATUH TEBING

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH DI PANDAN INDAH: SEBUAH KERETA TERJATUH TEBING

Sebuah kereta jenis Proton Saga terjatuh ke dalam runtuhan tebing akibat kejadian tanah runtuh di Lembah Maju, Pandan Indah, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Sumber Gambar: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta jenis Proton Saga terjatuh ke dalam runtuhan tebing akibat kejadian tanah runtuh di Lembah Maju, Pandan Indah, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.35 pagi dan mendapati lokasi kejadian merupakan kawasan parkir awam yang bersebelahan dengan longkang besar.

“Terdapat sebuah kereta Proton Saga yang diparkir terjatuh ke dalam runtuhan tebing dan pemilik kenderaan sudah dimaklumkan mengenai kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, pihak berkuasa sedang menunggu analisa pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan terbabit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Setakat 10 pagi ini, kenderaan terbabit masih berada di dalam tebing berkenaan dan usaha mengeluarkannya sedang dijalankan pihak berkuasa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading