PM ANWAR KE SIDANG KEMUNCAK TERGEMPAR DI RIYADH, HENTIKAN KEKEJAMAN ISRAEL DI PALESTIN
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jemputan daripada Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi menyertai Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 Nov ini, untuk membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jemputan daripada Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi menyertai Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 Nov ini, untuk membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.
Anwar berkata kehadiran beliau ke sidang kemuncak tergempar di Riyadh itu bagi membawa mandat Dewan Rakyat, iaitu untuk mengambil tindakan bagi menghentikan kekejaman berterusan Israel ke atas rakyat Palestin.
Beliau berkata Malaysia juga akan membawa isu pencerobohan dan pemusnahan pusat-pusat ibadah di Wilayah Palestin Yang Diduduki (OPT); serangan terbuka ke atas wilayah-wilayah di Lubnan serta Iran, termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar.
“Selain itu persidangan ini juga akan membincangkan permasalahan semasa dihadapi oleh Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East – UNRWA), berikutan keputusan rejim Israel mengharamkan operasi pertubuhan bantuan kemanusiaan tersebut pada 28 Okt baru-baru ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penerangan mengenai isu Palestin di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata pada sidang kemuncak itu, Malaysia juga akan mengusulkan agar sokongan sepenuhnya diberikan kepada UNRWA dalam melaksanakan mandatnya bagi memberi perkhidmatan sosial dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Beliau berkata Malaysia berhasrat menggunakan sidang kemuncak itu untuk meraih sokongan negara-negara Arab dan Islam terhadap inisiatif tersebut dan menghalang pelaksanaan keputusan Parlimen Israel (Knesset) pada 28 Okt lepas, yang bertujuan melenyapkan UNRWA dan memburukkan situasi kemanusiaan di utara Gaza yang mengalami kebuluran setelah terputus bantuan asas sejak sekian lama.
“Salah satu pendekatan boleh diambil adalah bagi Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab dan Islam memberi sokongan kepada usaha mediasi gencatan senjata oleh Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar kerana sejak Mei lepas, ketiga-tiga negara ini telah membangunkan satu kerangka perjanjian yang perlu dipersetujui oleh semua pihak terlibat.
“Kegusaran kita adalah kerana tindakan kejam Israel itu tidak mungkin berlaku tanpa dukungan negara-negara yang membekalkan senjata terus-menerus kepada Israel termasuk Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah,” katanya.
Anwar berkata penting bagi Malaysia dan komuniti antarabangsa mengutuk jenayah genosid di Palestin dan memberi tekanan ke atas Israel untuk melaksanakan gencatan senjata dengan segera bagi membolehkan bantuan ubat, makanan dan keperluan kemanusiaan lain dihulurkan kepada rakyat Palestin, selain untuk menggerakkan Special Committee against Apartheid di PBB ke atas Israel.
Beliau berkata penyertaan Malaysia sebagai ahli Perikatan Global juga sebahagian usaha untuk meningkatkan tekanan diplomatik ke atas Israel bagi melaksanakan gencatan senjata kekal di Gaza, menggesa pembebasan tahanan Palestin, berundur daripada wilayah yang dijajah dan menangani penderitaan rakyat Palestin menerusi penyambungan segera bantuan kemanusiaan.
“Kita juga akan membincangkan pelan tindakan dan mengenal pasti langkah-langkah konkrit ke arah mencapai kemerdekaan mutlak Palestin dalam tempoh garis masa yang munasabah.
“Sebagai sebuah negara yang mendukung prinsip keadilan dan perundangan antarabangsa, Malaysia terus komited dalam memperjuangkan hak Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka serta penyelesaian yang adil dan muktamad,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests