Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VENEZUELA MOHON USD5 BILION DARI IMF TANGANI COVID-19

DUNIA

VENEZUELA MOHON USD5 BILION DARI IMF TANGANI COVID-19

BOGOTA (Colombia): Kerajaan Presiden Nicolas Maduro hari ini memohon USD5 bilion dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk menangani penularan koronavirus di Venezuela yang setakat ini merekodkan 33 kes jangkitan.

“Kami datang ke organisasi tuan mengenai kemungkinan kemudahan kewangan USD5 bilion dari Tabung Kecemasan Instrumen Kewangan Segera (IFR), sumber yang akan menyumbang kepada pemerkasaan sistem pengesanan dan tindak balas terhadap wabak ini,” demikian surat yang ditandatangani Maduro yang dipetik agensi berita Anadolu.

Menteri Luar Venezuala, Jorge Arreaza memuatnaik surat itu di laman Twitternya pada 17 Mac lalu.

Ini adalah kali pertama bagi Venezuela meminta bantuan IMF dalam tempoh 20 tahun.

Bekas Presiden Venezuela, Hugo Chavez pada 2007 mengumumkan negara itu menarik diri daripada menerima bantuan IMF selepas beliau percaya badan dunia itu hanya menyokong kepentingan Amerika Syarikat, bagaimanapun keputusan itu tidak dilaksanakan. – Terjemahan AlHIjrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading