COVID-19: 8K MAUT, HAMPIR 200K DIJANGKITI SELURUH DUNIA – WHO

Kuala Lumpur: Statistik terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menunjukkan hampir 8,000 maut dan 200,000 dijangkiti wabak COVID-19 di seluruh dunia.

“Kematian di Itali lebih 2,500 dengan kadar kematian 7.9 peratus mengatasi China empat peratus,” demikian menurut Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Twitter @KKMPutrajaya sebentar tadi.

Dua kematian direkodkan di Malaysia akibat wabak COVID-19 dengan kadar kematian 0.3 peratus.

Sehingga semalam, 673 kes COVID-19 dilaporkan di negara ini dengan 49 kes telah sembuh.

Rakyat Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan hingga 31 Mac depån bermula hari ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang diisytiharkan sebagai pandemik global oleh WHO. — AlHijrah Online

Leave a Reply