Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO MUZIK DOLLA DITURUNKAN: TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA – MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

VIDEO MUZIK DOLLA DITURUNKAN: TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA – MENTERI AGAMA

Jelas Mohd Na’im, kelembutan budi, nilai ketimuran dan sensitiviti kepada perasaan masyarakat khususnya di Malaysia perlu diambil kira dalam menterjemahkan kreativiti dalam dunia seni hiburan.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyatakan penghargaan kepada pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia atas langkah bertanggungjawab untuk menurunkan kandungan video muzik Dolla di media sosial.

Katanya, keputusan syarikat rakaman berkenaan menunjukkan kesediaan industri muzik untuk mengambil kira pandangan masyarakat serta menghormati nilai yang dikongsi bersama.

“Tindakan ini mencerminkan keikhlasan dan kepekaan hati pihak industri terhadap suara masyarakat serta nilai yang kita pelihara bersama.

“Kita semua, sama ada penggiat seni mahupun masyarakat umum, sedang memikul amanah untuk membina sebuah ekosistem yang bukan sahaja subur dengan kreativiti, tetapi juga dipayungi adab, kesantunan dan rasa hormat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Transformasi Al-Falah yang mengangkat keseimbangan antara jiwa seni dan nilai murni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Na’im, kelembutan budi, nilai ketimuran dan sensitiviti kepada perasaan masyarakat khususnya di Malaysia perlu diambil kira dalam menterjemahkan kreativiti dalam dunia seni hiburan.

“Di situlah seni bukan sekadar hiburan tetapi menjadi wahana yang menyatukan hati dan memuliakan budaya kita.

“Dengan penuh ketulusan, saya mengucapkan terima kasih kepada Universal Music Malaysia atas kerjasama dan keterbukaan mereka.

“Semoga langkah ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga industri hiburan untuk terus berkarya dengan hati yang lebih halus, penuh rasa tanggungjawab dan kasih terhadap masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Mohd Na’im memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti untuk mengenakan tindakan jenayah syariah terhadap selebriti beragama Islam yang berpakaian mencolok mata.

Tidak lama kemudian, Universal Music Malaysia menurunkan video muzik menampilkan ahli kumpulan Dolla selepas mendapat beberapa makluman mendakwa ia tidak sesuai dan menimbulkan sensitiviti dalam kalangan penonton.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading