WALAUPUN TERTANGGUH 2 TAHUN, JEMAAH SYUKUR DAPAT IBADAH DENGAN SELESA
MAKKAH: Selepas tertangguh dua tahun akibat pandemik COVID-19, jemaah haji Malaysia yang dipilih sebagai duyufurrahman atau tetamu Allah pada musim haji kali ini bersyukur dapat beribadah dengan selesa kerana keadaan di Tanah Suci tidak terlalu padat.
Gambar Jemaah Haji 2022. Kredit FB: Lembaga Tabung Haji
MAKKAH: Selepas tertangguh dua tahun akibat pandemik COVID-19, jemaah haji Malaysia yang dipilih sebagai duyufurrahman atau tetamu Allah pada musim haji kali ini bersyukur dapat beribadah dengan selesa kerana keadaan di Tanah Suci tidak terlalu padat.
Ia berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi yang membenarkan hanya sejuta jemaah mengerjakan haji bagi musim 1443H/2022 selain perlu melepasi pelbagai prosedur kesihatan dan saringan COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat.
Bagi jemaah yang terpilih pada musim haji kali ini, mereka adalah insan istimewa apatah lagi ada antara mereka yang berpeluang hadir bersama ahli keluarga dan adik-beradik.
Perasaan teruja itu dikongsi oleh Ahmad Huzaifah Usoh @ Yusoff, 35, yang berkata beliau berangkat ke Tanah Suci bersama empat beradik dan tiga daripada mereka membawa pasangan iaitu isterinya Nur Syazana Mohd Zahir, 33, kakak Marhamah, 40, bersama suami Wan Aziman Wan Ramli, 53, adik Ahmad Hassan, 28, (isteri Hamidah Mokhtar, 24) manakala abang Ahmad Zuhriy, 44, datang tanpa pasangan.
Pegawai Dietetik yang berasal dari Terengganu itu berkata mereka menerima tawaran haji pada tahun 2020 namun tertangguh akibat pandemik.
“Sepatutnya adik-beradik kami sembilan orang yang datang, itu belum masuk lagi pasangan mereka tetapi lima daripada kami (adik-beradik) terpaksa menolak kerana pelbagai kekangan.
“Kami sembilan beradik mendaftar selepas bapa meninggal dunia pada 2008 atas saranan ibu, memang jadi impian ibu untuk kami ke Tanah Suci bersama-sama,” katanya ketika ditemui pemberita di hotel Land Premium, yang menempatkan 4,400 jemaah haji Malaysia.
Sementara itu, Muhammad Amnan Mohd Amin, 38, berkata beliau bersama dua lagi adiknya bertuah kerana ibu bapa mereka telah mendaftar sejak kecil dan ia lebih bermakna apabila keakraban mereka di tanah air menjadi pengikat hingga ke Tanah Suci.
“Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang memetingkan agama dalam semua hal. Usaha yang dibuat ibu bapa akhirnya dimakbul Allah. Sangat terharu dan saya rasa ramai yang terpilih kali ini adalah yang istimewa,” katanya.
Dalam perkembangan lain, tinjauan di sekitar Arafah dan Mina didapati kerja-kerja membaik pulih sedang giat dilakukan bagi memastikan keselesaan jemaah apabila tiba Hari Wukuf.
Kemudahan tandas, khemah dan sistem penyaman udara antara yang diberi perhatian kerajaan Arab Saudi, selain bekalan air bersih di kawasan penempatan jemaah.
Hari Arafah atau Hari Wukuf merupakan kemuncak ibadah haji dan pada tahun ini yang akan menyaksikan seramai 14,306 jemaah haji Malaysia berhimpun untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.