Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAKON DISYAKI PUKUL JIRAN DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

DALAM NEGARA

PELAKON DISYAKI PUKUL JIRAN DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

Seorang pelakon lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat kes memukul seorang penghuni kondominium di Sentul pada Khamis lalu, telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat kes memukul seorang penghuni kondominium di Sentul pada Khamis lalu, telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, suspek berusia 30-an itu dibebaskan tengah hari tadi selepas direman selama empat hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan polis.

“Kita sudah membebaskan suspek dengan jaminan polis sekitar jam 12 tengah hari tadi selepas ditahan reman dan selesai merekodkan keterangan daripadanya.

“Sementara itu kertas siasatan membabitkan suspek akan dilengkapkan segera untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, suspek telah meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada jam 1.10 tengah hari tadi selepas selesai urusan jaminan polis.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan 323 Kanun Keseksaan ugutan dan mendatangkan kecederaan.

Sabtu lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata, suspek yang juga merupakan penghuni kondominium yang sama disyaki telah menumbuk dan menendang mangsa pada malam Khamis lalu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading