Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA, TIGA KANAK-KANAK CEDERA KEMALANGAN DENGAN KERETA KEBAL ATM

DALAM NEGARA

WANITA, TIGA KANAK-KANAK CEDERA KEMALANGAN DENGAN KERETA KEBAL ATM

Seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, di Kota Tinggi semalam.

Sumber Gambar: Media sosial

JOHOR BAHRU: Seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, di Kota Tinggi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata seramai 15 anggota termasuk dari BBP Sungai Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada 8.28 malam.

Beliau berkata wanita yang berusia 54 tahun bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lima dan empat tahun menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey.

Kereta kebal milik ATM yang dalam perjalanan balik ke kem Teluk Sepang dipercayai telah berlanggar dengan kenderaan MPV itu, katanya.

“Bagaimanapun, wanita dan tiga kanak-kanak terbabit tidak tersepit di dalam kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya bertindak memberikan rawatan awal kepada kesemua mangsa yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan dua anggota yang berada di dalam kereta kebal itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading