Lelaki warga emas dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun, pada Isnin lalu.
AYER KEROH: Lelaki warga emas dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun, pada Isnin lalu.
Tertuduh, Rosmi Hassan, 72, dijatuhkan hukuman tersebut selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail selepas pertuduhannya dibacakan oleh jurubahasa.
Kejadian berlaku di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva di Taman Krubong Jaya, Melaka Tengah, antara pukul 10 pagi hingga 3 petang, pada 29 Ogos lalu.
Bagi kesalahan tersebut, bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hukuman sebatan.
Dalam prosiding sama, tertuduh yang mengalami masalah pendengaran kronik turut didakwa merogol remaja sama di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, sekitar jam 3.30 petang pada pertengahan bulan lalu.
Suspek didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, namun dia mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan berkenaan.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh, tertuduh turut dikenakan denda RM1,800 atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap abang mangsa, 22, dan dihukum di bawah Seksyen 323 yang boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Menurut fakta kes, tertuduh yang merupakan jiran lama kepada mangsa dikatakan sering memberi wang, pakaian serta telefon bimbit kepada mangsa yang mendorong remaja perempuan itu kerap keluar berjumpa warga emas berkenaan.
Abang mangsa yang mencurigai tingkah laku warga emas itu kemudian dikatakan terserempak dengan kedua-dua mereka yang menaiki kereta Perodua Viva dan cuba mendekatinya.
Warga emas tersebut bagaimanapun bertindak melarikan diri dan melanggar abang mangsa sebelum berjaya dicekup dengan bantuan orang awam selain mangsa turut memaklumkan pernah melakukan hubungan seks dengan suspek.
Hakim Mohd Sabri dalam penghakimannya menetapkan 28 September depan sebagai sebutan semula kes bagi pertuduhan merogol.
Kedua-dua prosiding pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Fiqri Hakim Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests