Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS LEMAS, MOTOSIKAL TERBABAS DALAM PARIT

DALAM NEGARA

WARGA EMAS LEMAS, MOTOSIKAL TERBABAS DALAM PARIT

Seorang lelaki warga emas ditemui lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, di sini awal pagi tadi.

TANJONG KARANG: Seorang lelaki warga emas ditemui lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.40 pagi tadi.

Sejurus itu, pihaknya mengerahkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang untuk ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, mangsa, Mustafa Ishak, 68, dipercayai lemas akibat terbabas ke dalam parit bersama motosikal jenis Yamaha Ego.

“Anggota bomba kemudian bertindak mengangkat mangsa dan motosikalnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi tersebut selesai sekitar jam 5.05 pagi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading