EMPAT SEKELUARGA MAUT DALAM PERJALANAN SAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN DATUK
Dalam kemalangan pada 7.45 pagi itu, Ibrahim Daud, 71, bersama isterinya, Latipah Dorahim, 66, dan menantu, Syazana Tharin, 30, serta cucu lelaki, Yusuff Daniel Muhammad Izwan, 5, maut akibat cedera parah di bahagian kepala.
ALOR GAJAH: Empat sekeluarga maut, seorang cedera parah manakala seorang lagi selamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyata Estima yang dinaiki merempuh sebuah pacuan empat roda (4×4) di Simpang Tiga Jalan Kolam Machap, di sini hari ini.
Dalam kemalangan pada 7.45 pagi itu, Ibrahim Daud, 71, bersama isterinya, Latipah Dorahim, 66, dan menantu, Syazana Tharin, 30, serta cucu lelaki, Yusuff Daniel Muhammad Izwan, 5, maut akibat cedera parah di bahagian kepala.
Seorang lagi kanak-kanak lelaki yang juga anak Syazana berusia kira-kira dua tahun parah dan kini sedang dirawat di zon merah Hospital Melaka, manakala pemandu MPV yang juga anak lelaki Ibrahim, Muhammad Izwan, 30, tidak cedera dan pemandu 4×4, Koh Eng Koon, 59, mengalami cedera ringan.
Maklumat awal mangsa menyatakan mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Langkawi untuk menyambut hari jadi Ibrahim.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati enam beranak tersebut dalam perjalanan dari arah Selandar menghala ke Alor Gajah, manakala 4×4 jenis Toyota Land Cruiser itu pula dalam perjalanan dari arah Durian Tunggal menghala ke Selandar.
Katanya ketika kejadian, 4×4 dipandu keluar dari simpang dan membelok ke kanan sebelum MPV tersebut cuba mengelak daripada merempuh kenderaan pacuan empat roda itu.
“MPV tersebut cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun merempuh juga 4X4 terbabit.
“Akibat kemalangan itu, Ibrahim maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi iaitu Latipah, Syazana dan seorang anaknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya jenazah empat beranak itu dihantar ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, beliau berkata pemandu 4×4 ditahan pada 11 pagi di Balai Polis Trafik Alor Gajah selepas menerima rawatan pesakit luar di hospital sama, untuk keterangan lanjut.
Katanya ujian saringan air kencing mendapati pemandu tersebut negatif dadah, manakala kedua-dua kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan Pusat Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests