WARGA EMAS MAUT NAHAS LAPAN KENDERAAN DALAM PERJALANAN HANTAR CUCU KE IPT
Wanita warga emas yang maut dalam nahas membabitkan lapan kenderaan termasuk dua treler di Kilometer (KM) 164.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini awal pagi tadi, dalam perjalanan bersama keluarga menghantar cucu lelakinya mendaftar ke institut pengajian tinggi di Perlis.
NIBONG TEBAL: Wanita warga emas yang maut dalam nahas membabitkan lapan kenderaan termasuk dua treler di Kilometer (KM) 164.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini awal pagi tadi, dalam perjalanan bersama keluarga menghantar cucu lelakinya mendaftar ke institut pengajian tinggi di Perlis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Ng Ah Thiam berkata keluarga itu yang terdiri sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka bersama wanita warga emas berusia 76 tahun yang maut, dari Taiping, Perak menuju ke Perlis.
“Kemalangan berlaku berhampiran susur keluar Bukit Minyak-Sungai Bakap di lebuh raya itu apabila lori treler membawa muatan kayu hilang kawalan dan terbabas ke kanan penghadang lebuh raya sebelum dilanggar sebuah lagi treler dari arah sama.
“Kereta Toyota Corolla dinaiki keluarga itu yang dipandu lelaki berusia 54 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar treler membawa muatan kayu tersebut menyebabkan keretanya dihempap kayu dan kemalangan berlaku ketika hujan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu kereta terbabit dihantar ke Hospital Seberang Jaya, manakala isterinya berusia 48 tahun dan dua anak lelaki mereka berumur 19 serta 22 tahun dihantar ke Hospital Parit Buntar(HPB), Perak, dengan kesemua mereka mengalami kecederaan parah.
Menurut Ng turut cedera parah pemandu lori treler membawa muatan kayu berusia 24 tahun yang dihantar ke HPB bagi rawatan lanjut.
Katanya dua lagi mangsa iaitu wanita berusia 24 dan 44 tahun yang merupakan penumpang kereta Perodua Bezza cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
“Kemalangan turut melibatkan sebuah lagi Perodua Bezza dan Proton Proton Waja dari laluan bertentangan selepas gagal mengelak muatan kayu yang jatuh di laluan berkenaan, namun pemandu kedua-dua kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau berkata pemandu sebuah lagi treler dan 12 individu daripada dua lagi kereta kedua-duanya jenis Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kemalangan yang berlaku kira-kira 4.20 pagi itu menyebabkan kesesakan teruk lebih tujuh jam selepas laluan ditutup sepenuhnya untuk membolehkan kerja-kerja mengalihkan muatan kayu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked