POLIS TERENGGANU NAFI OP KHAS MOTOSIKAL BERUNSUR SABOTAJ
Polis Terengganu menafikan bahawa pelaksanaan Op Khas Motosikal pada Jumaat dan Sabtu lepas mengandungi unsur sabotaj terhadap program himpunan tahunan RXZ Members 5.0 yang berlangsung dalam tempoh sama di Kuala Nerus.
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu memeriksa motosikal yang disita menerusi Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 Peringkat Terengganu di Ibu Pejabat JPJ Terengganu, hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menafikan bahawa pelaksanaan Op Khas Motosikal pada Jumaat dan Sabtu lepas mengandungi unsur sabotaj terhadap program himpunan tahunan RXZ Members 5.0 yang berlangsung dalam tempoh sama di Kuala Nerus.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata operasi tersebut dijalankan secara bersepadu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas menerima aduan dan rungutan orang ramai terhadap tindakan segelintir penunggang motosikal yang bukan sahaja memandu secara melulu, malah mengganggu ketenteraman awam.
Beliau menegaskan operasi tersebut tugas rutin yang dijalankan pihak polis bagi memastikan keselamatan orang ramai dan bukannya berunsur politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Selepas mendapat aduan, pihak kami telah menjalankan pemantauan dan memang benar terdapat pelanggaran undang-undang dalam kalangan peserta RXZ Members 5.0 yang menunggang secara melulu hingga membahayakan pengguna jalan raya lain termasuk di kawasan lebuh raya dan jalan negeri.
“Bunyi ekzos yang diubah suai pula sangat kuat hingga mengganggu pesakit di hospital dan masyarakat yang tinggal berdekatan. Jadi ini memang tugas rutin polis…tak ada kena mengena dengan politik atau ada arahan sesiapa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.
Menurut Mazli pihak polis sentiasa menyokong program atau aktiviti yang memberi impak positif kepada sosioekonomi penduduk selagi ia tidak melanggar undang-undang sedia ada.
Katanya polis juga tidak boleh berkompromi dengan isu keselamatan orang awam dan segala tindakan yang diambil terhadap peserta program RXZ Members 5.0 adalah mengikut lunas undang-undang sedia ada.
“Tiada isu dengan penganjur kerana mereka dah mohon permit daripada polis, cuma segelintir pemilik motosikal yang mengambil kesempatan di sebalik program itu untuk lakukan kesalahan,” katanya.
Sejak semalam warga net meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial setelah ada peserta program yang berlangsung di Gong Badak, Kuala Nerus dengan menghimpunkan pemilik motosikal RXZ termasuk dari Sabah dan Sarawak itu, ditahan polis dan JPJ dalam op berkenaan selain ada yang motosikal mereka disita.
Sebahagian hantaran mengaitkan tindakan pihak berkuasa itu sebagai arahan daripada ‘pihak atasan’ memandangkan acara itu diadakan di negeri pembangkang.
Dalam pada itu, Mazli berkata 185 motosikal ditahan dan 292 saman dikeluarkan sepanjang dua hari operasi yang dijalankan di sekitar daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu itu.
Beliau berkata antara kesalahan yang direkodkan tiada cermin sisi, tiada lesen memandu, pengubahsuaian ekzos kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
“Sepanjang dua hari operasi, 73 kes kemalangan turut dilaporkan dengan empat daripadanya adalah kemalangan maut melibatkan peserta program RXZ Members 5.0,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata 134 kesalahan direkodkan pihaknya sepanjang dua hari operasi dengan beberapa kesalahan ekstrem dikesan seperti mengubah suai paip ekzos motosikal hingga menjadikan bunyi terlalu bising dan menggunakan nombor pendaftaran terlalu kecil.
“Daripada 40,000 peserta program RXZ Members 5.0, hanya 1.34 peratus yang dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan. Jadi, tiada istilah ‘pukat-memukat’ seperti didakwa sesetengah pihak kerana tindakan yang diambil untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain dan orang ramai,” katanya pada sidang media berasingan hari ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked