Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

10,000 SUKARELAWAN YADIM SEDIA DIGERAKKAN BANTU MANGSA BANJIR

DALAM NEGARA

10,000 SUKARELAWAN YADIM SEDIA DIGERAKKAN BANTU MANGSA BANJIR

KUALA LUMPUR: Seramai 10,000 sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di seluruh negara sedia digerakkan untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.

Mangsa banjir disantuni pihak YADIM. — Foto/FB YADIM

KUALA LUMPUR: Seramai 10,000 sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di seluruh negara sedia digerakkan untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, selain daripada khidmat bakti semasa dan pasca banjir, sukarelawan YADIM juga terlibat dengan penyediaan dan pengagihan makanan menerusi inisiatif Dapur Rakyat YADIM.

“Hingga kini, sembilan Dapur Rakyat telah beroperasi di Terengganu iaitu di Besut, Setiu, Kuala Terengganu (2), Kuala Nerus (2), Dungun, Hulu Terengganu dan Marang dengan kapasiti hampir 1,000 pek makanan diagihkan setiap hari.

“Terkait pasca banjir kelak, program seperti cuci-cuci dan baik pulih masjid, surau serta kediaman golongan kurang bernasib baik juga bakal dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Tuan Kamarul, YADIM mensasarkan untuk mendapatkan RM500,000 bagi disalurkan kepada mangsa banjir di seluruh negara dengan setakat ini RM250,000 telah diperoleh hasil sumbangan individu, korporat, institusi berkaitan dan peruntukan dalaman.

Dana itu katanya akan digunakan bagi menyalurkan bantuan dalam pelbagai inisiatif seperti bekalan keperluan harian, lampin pakai buang, tuala wanita, kit kebersihan, peralatan pembersihan dan sebagainya.

Selain itu ia juga akan digunakan bagi menyediakan kemudahan menunaikan solat di pusat pemindahan sementara (PPS) terpilih.

“Menyedari situasi banjir yang semakin kritikal di Kelantan dan Terengganu, pada 22 hingga 25 Disember ini, YADIM akan mengadakan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur dari Putrajaya untuk menyampaikan sumbangan 1,000 beg pelbagai makanan, lampin pakai buang, tuala wanita, kit kebersihan dan selimut tebal.

“Turut diselitkan dalam misi ini ialah pengisian kerohanian untuk mangsa mangsa banjir,” katanya.

Oleh itu YADIM menyeru orang ramai untuk menyumbang kepada usaha menyantuni mangsa banjir di seluruh negara.

Bantuan boleh disumbangkan kepada akaun 5660 1062 5428 (Maybank) atau layari Facebook dan laman web rasmi YADIM untuk sebarang maklumat. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading