142 MANGSA KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS DAPATKAN KHIDMAT KAUNSELING
Sebanyak 142 mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya telah mendapatkan khidmat kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) sejak ia mula beroperasi di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Selasa lepas.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 142 mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya telah mendapatkan khidmat kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) sejak ia mula beroperasi di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Selasa lepas.
Penyelaras PSSS Noor Amira Mohamed Yatim berkata inisiatif yang digerakkan oleh Yayasan Kebajikan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kaunseling, malah turut memberi sokongan emosi kepada mangsa yang mengalami trauma akibat insiden itu.
“Kebanyakan mangsa yang berjumpa kami meluahkan kebimbangan mengenai keadaan rumah mereka dan persekolahan anak-anak sehingga menimbulkan tekanan emosi seperti kemurungan dan keresahan.
“Menerusi sesi bersama kaunselor, mereka dibimbing untuk menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata selain memberikan sokongan emosi bagi mengurangkan trauma, PSSS juga membantu menyelaraskan bantuan yang disumbangkan oleh pelbagai pihak.
Noor Amira berkata sebanyak 16 kaunselor bertugas secara bergilir di PSSS yang beroperasi 24 jam.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan lebih ramai mangsa yang memerlukan sokongan emosi termasuk yang tidak berlindung di PPS untuk hadir mendapatkan perkhidmatan disediakan.
Kebakaran melibatkan saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 8.10 pagi Selasa lepas, secara keseluruhannya melibatkan 1,254 mangsa daripada 308 keluarga.
Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.
Setakat 12 tengah hari, 379 mangsa daripada 97 keluarga masih berlindung di PPS Masjid Putra Heights. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.