Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

15,000 EKOR ANAK AYAM RENTUNG

DALAM NEGARA

15,000 EKOR ANAK AYAM RENTUNG

SUNGAI PETANI: Seorang penternak kerugian besar apabila 15,000 ekor anak ayamnya rentung dalam kebakaran reban di Ladang Ayam Kampung di Banggol Sidam, Sungai Petani, Kedah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran itu pada jam 5.55 petang.

Setibanya di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati satu deretan reban ayam sedang marak terbakar.

Kesemua ayam di dalam reban itu tidak sempat diselamatkan pemilik selepas api merebak dengan pantas.

Kemusnahan dianggarkan 100 peratus dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading