Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

18 SUSPEK KES TEMBAK ANGGOTA PGA DIREMAN

DALAM NEGARA

18 SUSPEK KES TEMBAK ANGGOTA PGA DIREMAN

KANGAR: Seramai 18 individu termasuk tiga rakyat Thailand direman empat hingga tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes serangan berbalas tembakan sehingga mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Koperal Baharuddin Ramli semalam.

Kesemua suspek yang berusia 19 hingga 37 tahun dibawa ke mahkamah dengan berpakaian lokap, pada pukul 8.50 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira sejam kemudian.

Tiga warga Thailand direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan, manakala 15 lagi warga tempatan direman empat hari hingga Sabtu.

Dua warga Thailand tersebut merupakan penyeludup yang ditahan di lokasi kejadian semalam, manakala selebihnya ditahan kemudian berdasarkan maklumat hasil daripada soal siasat.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Ketua Polis Perlis , Datuk Surina Saad memaklumkan, semua tangkapan yang dibuat di negeri itu melibatkan anggota sindiket penyeludupan ketum di Perlis.

Katanya, tangkapan semua suspek dibuat mulai pukul 7 pagi semalam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading