Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

1MDB: NAJIB DIDAPATI BERSALAH GUNA KEDUDUKAN PEROLEH RM2.3 BILION

DALAM NEGARA

1MDB: NAJIB DIDAPATI BERSALAH GUNA KEDUDUKAN PEROLEH RM2.3 BILION

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan itu disampaikan oleh Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi dan kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua empat pertuduhan terhadap Najib, 72, melampaui keraguan munasabah.

“Beliau didapati bersalah kerana pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah bagi semua pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Oleh itu, saya menjatuhkan sabitan bagi semua pertuduhan,” kata hakim itu.

Najib, 72, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB melalui cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan antara 24 Feb 2011 hingga 19 Dis 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Prosiding masih berlangsung ketika Hakim Sequerah membacakan penghakimannya berhubung 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi Najib.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading