Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

20 JEMAAH UMRAH TERBUNUH DALAM KEMALANGAN BAS MENUJU MAKKAH

DUNIA

20 JEMAAH UMRAH TERBUNUH DALAM KEMALANGAN BAS MENUJU MAKKAH

RIYADH: Sekurang-kurangnya 20 jemaah umrah terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas bas yang mereka naiki menuju Makkah terlibat kemalangan di Asir, Arab Saudi.

Berdasarkan laporan media, dalam kejadian pada Isnin bas tersebut merempuh sebuah jambatan sebelum terbalik dan terbakar.

Punca kemalangan dipercayai akibat bas mengalami masalah namun tidak dilaporkan secara spesifik, manakala akhbar swasta Okas berkata kemalangan ada kaitan dengan masalah brek.

Mangsa terlibat mempunyai kewarganegaraan berbeza dan setakat ini belum diperincikan.

Insiden berlaku pada minggu pertama Ramadan di tengah kesibukan umat Islam melakukan ibadah umrah dan hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam menunaikan haji.

Mangsa yang maut dan cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading