Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

25 MANGSA INSIDEN KEBAKARAN TERIMA KENDERAAN SEMENTARA HARI INI – AMIRUDIN

DALAM NEGARA

25 MANGSA INSIDEN KEBAKARAN TERIMA KENDERAAN SEMENTARA HARI INI – AMIRUDIN

Seramai 25 mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights menerima kenderaan sementara daripada Chery Malaysia untuk kegunaan selama sebulan bermula hari ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 25 mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights menerima kenderaan sementara daripada Chery Malaysia untuk kegunaan selama sebulan bermula hari ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata baki 25 lagi daripada keseluruhan 50 kenderaan yang dipersetujui oleh syarikat itu sebelum ini akan diserahkan selewat-lewatnya Isnin ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Chery kerana menunaikan janji mereka. Bukan itu sahaja, mereka turut memberikan wang petrol sebanyak RM100 kepada setiap peminjam kenderaan ini.

“Selain itu, Chery Malaysia juga telah menyumbang sebanyak RM50,000 kepada pengurusan Masjid Putra Heights, yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bagi membantu menampung kos utiliti sepanjang tempoh PPS beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di PPS Masjid Putra Heights di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Digital Gobind Singh dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han.

Sesi hari ini menyaksikan Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia Leo Chen menyerahkan 25 kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) kepada mangsa yang memohon untuk menggunakan kenderaan sementara itu selama sebulan.

Amirudin berkata setakat hari ini, pihaknya menerima 112 permohonan pinjaman kenderaan daripada mangsa insiden terbabit, sementara lebih 200 tawaran pinjaman diterima daripada entiti korporat yang berkaitan.

“Kita menerima komitmen ini daripada Carsome sebanyak 50 buah kereta, Carro (30), GoCar (20) dan DRB-Hicom sebanyak 62 kenderaan,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading