250 ASNAF WILAYAH PERSEKUTUAN KHATAM MELALUI PROGRAM CELIK AL-QURAN
KUALA LUMPUR: Seramai 250 asnaf berjaya khatam al-Quran melalui Program Celik al-Quran kali keempat yang dijalankan sejak April tahun ini sebagai usaha meningkatkan penguasaan bacaan dalam kalangan masyarakat asnaf di Wilayah Persekutuan.
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Muhamad Razak Idris (dua,kiri) menyampaikan sijil khatam Al-Quran kepada peserta iaitu Halimahtun Sadiah Yaakob (dua,kanan) pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Kali ke-4 di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 250 asnaf berjaya khatam al-Quran melalui Program Celik al-Quran kali keempat yang dijalankan sejak April tahun ini sebagai usaha meningkatkan penguasaan bacaan dalam kalangan masyarakat asnaf di Wilayah Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata program ini memfokuskan kepada Kelas Tahsin dengan matlamat agar lebih ramai umat Islam di Wilayah Persekutuan dapat membaca al-Quran dengan baik dan tepat.
Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Yayasan Institut Pengajian al-Quran (IpaQ) itu diadakan sejak 2020.
“MAIWP telah memperuntukkan dana zakat berjumlah RM350,000 pada tahun ini bagi membiayai program ini. Seramai 302 peserta telah pun mengikuti program ini sejak mula dilancarkan.
“Pada tahun ini, program itu melibatkan lapan lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Wilayah Persekutuan,” katanya ketika berucap pada majlis khatam sempena Program Celik al-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Muhamad Razak Idris.
Selain itu, Mohd Na’im berkata pada tahun hadapan MAIWP akan memperuntukkan dana zakat berjumlah RM324,000 bagi pembekalan 5,000 naskhah al-Quran berserta terjemahan yang akan diagihkan kepada pelajar baharu institusi pendidikan milik MAIWP dalam program ‘1 Pelajar 1 al-Quran’.
“Menerusi inisiatif ini, setiap pelajar yang mendaftar masuk ke institusi pendidikan ini akan menerima satu naskhah al-Quran setiap seorang dengan harapan ia dapat menyuntik kesedaran dan rasa sayang generasi muda terhadap al-Quran,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya berkata pihaknya sedang meneliti keperluan Program Celik al-Quran untuk diperluaskan hingga ke Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.
“Kita akan perluaskan program seperti ini. Daripada sumber kewangan dan bilangan petugas yang kita ada, insya-Allah kita akan perluaskan. Kita juga akan lihat kepada pengajian al-Quran dan Tahsin untuk memperbaiki bacaan … terutamanya golongan asnaf di PPR.
Turut hadir pada program itu, Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IPaQ Prof Datuk Dr Zulkifli Mohd Yusoff. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked