29 INDIVIDU DIKAITKAN GISBH DIREMAN SATU HINGGA TUJUH HARI
Permohonan reman ke atas kesemua individu berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun itu dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar Md Subri Hashim dan mereka ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Subang Jaya serta Petaling Jaya.
SHAH ALAM: Seramai 29 individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) direman antara satu hingga tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Permohonan reman ke atas kesemua individu berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun itu dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar Md Subri Hashim dan mereka ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Subang Jaya serta Petaling Jaya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-kanak 2001, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.
Kesemua individu yang terdiri daripada 13 lelaki dan 16 wanita itu tiba di Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 11.30 pagi.
Terdahulu, Polis Kontinjen Selangor menyerbu beberapa rangkaian perniagaan yang sebahagian besarnya dipercayai mempunyai kaitan dengan GISBH dalam satu operasi bersepadu di Bandar Country Homes, Rawang pagi semalam.
Serbuan bermula 6.30 pagi itu melibatkan kira-kira 200 anggota Polis Kontinjen Selangor dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan serta kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain semalam dilaporkan berkata Op Global memasuki fasa keempat di seluruh Semenanjung Malaysia dengan serbuan dilakukan di 82 premis, 186 mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita berjaya diselamatkan manakala 155 suspek terdiri 78 lelaki dan 77 wanita ditahan.
Razarudin berkata dalam operasi yang turut disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu, beberapa risalah mengandungi elemen dipercayai bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat turut dirampas.
Pada 11 Sept lepas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi Op Global menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH dan menyelamatkan 402 kanak-kanak serta remaja masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked