Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANGGUR WANITA DIDENDA RM2,000 BUANG BAYI BELAKANG RUMAH

DALAM NEGARA

PENGANGGUR WANITA DIDENDA RM2,000 BUANG BAYI BELAKANG RUMAH

Majistret Amal Razin Alias menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Nabila, 22, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Sumber Gambar: BERNAMA

MACHANG: Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuang bayi lelaki yang masih bertali pusat di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini tiga minggu lepas.

Majistret Amal Razin Alias menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Nabila, 22, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh membayar denda itu.

Siti Nabila ibu kepada bayi berusia sehari itu didakwa meninggalkan bayi berkenaan dengan niat untuk membuangnya, di belakang sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Sungai Bedal pada 6 petang, 7 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisya Nai’lah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading