SANUSI UCAP TERIMA KASIH KEPADA PM UNTUK BANTUAN PASCABANJIR DI KEDAH
Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri menghargai peruntukan itu bagi membantu membaik pulih infrastruktur rosak, bantuan kepada pesawah padi yang terjejas dan membaiki kediaman penduduk yang rosak.
PENDANG: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pengumuman peruntukan RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah.
Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri menghargai peruntukan itu bagi membantu membaik pulih infrastruktur rosak, bantuan kepada pesawah padi yang terjejas dan membaiki kediaman penduduk yang rosak.
“Bagi peruntukan yang diumumkan semalam, RM13 juta itu saya ucapkan terima kasih, saya harap ada lagi (tambahan peruntukan),” katanya kepada pemberita semasa melawat pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah di sini hari ini.
Semalam, sewaktu melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah yang merangkumi sumbangan, pembersihan, serta baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana banjir.
Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga sebelum ini telah mengumumkan bantuan awal RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke PPS dan setakat ini lebih 2,000 KIR yang terlibat.
Beliau berkata kesan banjir kali ini dilihat menyeluruh di banyak daerah, tetapi tidak seburuk pada 2010 dan berharap fasa peralihan monsun yang diramal bermula pada 24 Sept ini tidak membawa gelombang kedua banjir di Kedah.
“Cuma di daerah Kota Setar saya dimaklumkan ada peningkatan mangsa banjir, kerana air di hulu sungai tengah surut dan mengalir ke kawasan Kota Setar,” katanya.
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 8,898 orang setakat 8 pagi ini berbanding 8,066 orang pada 8 malam tadi.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa banjir yang melibatkan 2,871 keluarga kini ditempatkan di 44 PPS di lima daerah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked