Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

3.5 JUTA AHLI KWSP PINDAH RM10.86 BILION DANA KE AKAUN FLEKSIBEL 

DALAM NEGARA

3.5 JUTA AHLI KWSP PINDAH RM10.86 BILION DANA KE AKAUN FLEKSIBEL 

Jumlah ahli yang telah membuat pengeluaran melalui Akaun Fleksibel adalah sebanyak 2.93 juta atau 22.6 peratus (daripada jumlah keseluruhan ahli di bawah umur 55 tahun), melibatkan jumlah pengeluaran sebanyak RM6.98 bilion.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3.45 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan daripada Akaun Sejahtera sebanyak RM10.86 bilion setakat 10 Jun, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Kementerian itu menjelaskan angka berkenaan merangkumi 26.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun telah membuat pilihan tersebut.

“Jumlah ahli yang telah membuat pengeluaran melalui Akaun Fleksibel adalah sebanyak 2.93 juta atau 22.6 peratus (daripada jumlah keseluruhan ahli di bawah umur 55 tahun), melibatkan jumlah pengeluaran sebanyak RM6.98 bilion,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat pada Rabu.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) mengenai statistik semasa peratusan pengeluaran wang pencarum daripada Akaun Fleksibel KWSP dan kesan jangka masa panjang terhadap kestabilan simpanan persaraan pencarum.

Selain itu, MOF memaklumkan penstrukturan semula Akaun KWSP dilihat tidak memberi kesan signifikan kepada kedudukan kewangan KWSP kerana KWSP telah memperuntukkan baki tunai yang mencukupi untuk menampung permintaan pengeluaran Akaun Fleksibel oleh ahli.

Ia bagi menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai peratus pencarum KWSP yang memilih pindahan ke Akaun 3 dan jumlah pengeluaran yang dikeluarkan setakat ini selain impak kepada kedudukan kewangan KWSP akibat pengeluaran itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading