Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

31 BAYI PRAMATANG DI HOSPITAL AL-SHIFA DI GAZA DIPINDAHKAN

DUNIA

31 BAYI PRAMATANG DI HOSPITAL AL-SHIFA DI GAZA DIPINDAHKAN

Seramai 31 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza dipindahkan pada Ahad.

GAZA: Seramai 31 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza dipindahkan pada Ahad, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam satu kenyataan.

Menurut Xinhua, kenyataan itu berkata kru PRCS membawa bayi-bayi itu ke sebuah hospital di Rafah City di selatan Semenanjung Gaza.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata keadaan bayi yang baru lahir itu semakin merosot dan berdepan risiko kematian.

Perkembangan itu susulan kematian tragis beberapa bayi lain terutamanya selepas perkhidmatan kesihatan di kemudahan berkenaan lumpuh sepenuhnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading