36 PENGUNJUNG BERDEPAN DETIK CEMAS, MENARA TAMING SARI TERSANGKUT
Sebanyak 36 pengunjung berdepan detik cemas apabila terperangkap selama sejam dalam pelantar berputar jenis gyro Menara Taming Sari di Bandar Hilir, di sini, tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika ia sedang turun ke bawah, petang ini.
MELAKA: Sebanyak 36 pengunjung berdepan detik cemas apabila terperangkap selama sejam dalam pelantar berputar jenis gyro Menara Taming Sari di Bandar Hilir, di sini, tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika ia sedang turun ke bawah, petang ini.
Menara Taming Sari setinggi 110m dan dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hanif Mustafa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 petang sebelum tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.
Katanya, kesemua pengunjung berjaya dikeluarkan ke tempat selamat tanpa sebarang kecederaan.
Beliau berkata masalah mekanikal menyebabkan kejadian itu dan pihak penyelenggaraan Menara Taming Sari menggunakan motor sokongan untuk menurunkan pelantar terbabit.
Seorang mangsa, Zuliani Zulkeple, 42, dari Bedong, Kedah, berkata beliau bersama 13 ahli keluarganya termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun empat bulan, menaiki menara berkenaan pada jam 5.30 petang.
“Ketika berada di puncak, pelantar tersebut sempat berputar sebanyak dua kali sebelum tiba-tiba berhenti. Ketika itu saya ingatkan pelantar sengaja berhenti untuk memberi peluang kepada pelancong mengambil gambar.
“Bagaimanapun, pelantar tersebut berhenti sangat lama. Ada yang mula mengalami sesak nafas kerana kekurangan oksigen berikutan pelantar berkenaan hanya mempunyai satu pintu servis dan tidak bertingkap,” katanya, ketika dihubungi Bernama.
Zuliani, yang merupakan seorang jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani itu, berkata berikutan itu, ada pengunjung bertindak duduk berdekatan pintu servis bagi mendapatkan udara manakala yang semput dikipas oleh pengunjung lain.
Beliau mendakwa pasukan penyelenggara berkenaan menaiki menara berkenaan dengan cara memanjat tali kabel kerana itu satu-satunya cara untuk naik ke platform tersebut.
“Setibanya di pelantar berkenaan, pasukan penyelenggara berkenaan menggerakkan platform tersebut secara manual untuk menurunkan semua mangsa.
“Sebaik tiba di bawah, oleh kerana menara berkenaan tidak mempunyai kuasa elektrik, pihak bomba bertindak memecahkan kunci pintu bagi membolehkan semua mangsa keluar daripada menara berkenaan,” dakwanya.
“Kira-kira sejam kami semua terperangkap di dalam pelantar berkenaan sehingga berjaya keluar pada jam 6.30 petang,” katanya.
“Sebanyak 36 pengunjung terbabit dalam kejadian itu membabitkan 26 dewasa, lapan kanak-kanak, seorang warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU),” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.