KEPALA AIR KEMAMAN: OPERASI SAR DITANGGUH, DISAMBUNG 9 PAGI ESOK

KEMAMAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan mangsa dikhuatiri lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, di sini dihentikan petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – KEPALA AIR KEMAMAN: MANGSA MAUT MERUPAKAN IBU DAN ANAK, LAPAN LAGI MASIH HILANG
ARTIKEL BERKAITAN – KEPALA AIR KEMAMAN: DUA MAUT, BEBERAPA INDIVIDU DIKHUATIRI LEMAS

Lapor media tempatan, operasi SAR telah dihentikan jam 6 petang susulan pihak berkuasa bimbang berlaku fenomena kepala air.

Bagaimanapun, operasi SAR akan disambung semula pada jam 9 pagi esok.

Terdahulu, dua mayat mangsa kejadian ditemukan kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

Mayat pertama, seorang wanita dijumpai orang ramai di tebing sungai berhampiran Kubur Kampung Laut manakala mayat kedua, seorang lelaki ditemukan di atas kayu di tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih.

Menurut sumber, 10 sekeluarga terlibat dalam kejadian itu dilaporkan berasal dari Felda Lepah Hilir 3, Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata, kesemua mangsa terlibat dipercayai berusia 4 hingga 40 tahun yang terdiri daripada tiga lelaki dan tujuh perempuan.

Difahamkan kesemua mangsa ke lokasi kejadian untuk berkelah kira-kira jam 3 petang semalam.

Punca kejadian kepala air berlaku disebabkan hujan lebat sekitar jam 6 petang semalam.—AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply