52 RAKYAT PALESTIN TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL DI GAZA
Sekurang-kurangnya 52 rakyat Palestin, termasuk enam wartawan, terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan terbaharu Israel di Semenanjung Gaza pada Isnin, menurut pasukan perubatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 52 rakyat Palestin, termasuk enam wartawan, terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan terbaharu Israel di Semenanjung Gaza pada Isnin, menurut pasukan perubatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kementerian Kesihatan berkata seramai 20 orang terbunuh, termasuk lima wartawan dan seorang anggota bomba, dalam serangan Israel ke atas Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selatan Gaza.
Menurut kementerian itu, tentera Israel menyerang tingkat empat satu daripada bangunan kompleks berkenaan dengan dua serangan udara, sambil menambah bahawa serangan kedua berlaku ketika pasukan penyelamat tiba untuk memindahkan mangsa cedera dan mengeluarkan mayat mangsa.
Televisyen rasmi Palestin melaporkan antara yang maut ialah jurukameranya Hussam al-Masri, manakala saluran Qatar Al Jazeera mengesahkan jurugambarnya Mohammad Salama turut terbunuh.
Sumber perubatan yang dipetik Anadolu turut mengesahkan kematian wartawan foto Mariam Abu Dagga, wartawan foto Moaz Abu Taha dan wartawan bebas bagi portal berita Tunisia dan Maghribi, Ahmed Abu Aziz dalam serangan Israel itu.
Hassan Douhan seorang wartawan akhbar harian Palestin, Al-Hayat al-Jadida turut terkorban dalam serangan berasingan tentera Israel di Al-Mawasi, selatan Gaza.
Pertahanan Awam Palestin dalam satu kenyataan berkata seorang pemandu jentera bomba terbunuh dalam serangan di kompleks perubatan itu manakala tujuh lagi anggota pasukannya cedera ketika cuba menyelamatkan mangsa serta mengeluarkan mayat.
Sementara itu, tentera Israel mengesahkan serangan ke atas hospital itu, sambil mendakwa pihaknya “kesal atas sebarang kemudaratan terhadap orang awam yang tidak terlibat dan sama sekali tidak menyasarkan wartawan.”
Kematian terbaharu itu menjadikan jumlah wartawan yang terbunuh di Gaza sejak Oktober 2023 kepada 246 orang, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.
Israel telah membunuh lebih 62,700 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah berkenaan yang kini berdepan kebuluran.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager