224 JALAN BERLUBANG DI JRTB DITAMPAL SETAKAT JULAI 2025 – NANTA
Sebanyak 224 jalan berlubang atau pothole di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dari Gerik ke Jeli telah ditampal sejak Januari tahun ini hingga bulan lepas, Dewan Negara diberitahu, hari ini.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 224 jalan berlubang atau pothole di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dari Gerik ke Jeli telah ditampal sejak Januari tahun ini hingga bulan lepas, Dewan Negara diberitahu, hari ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata setiap kerosakan yang dikenal pasti melalui rondaan rutin atau aduan awam akan dibaiki dalam tempoh 24 jam oleh syarikat konsesi penyenggaraan yang dilantik kerajaan.
“Bagi penyelesaian jangka pendek, syarikat konsesi melaksanakan beberapa tindakan segera di sepanjang JRTB dari Gerik ke Jeli dengan melaksanakan penampalan jalan (pothole patching) di bawah kerja-kerja penyenggaraan rutin.
“Selain itu, pihak syarikat turut dipertanggungjawab melaksanakan kerja kecemasan dengan membuat tindakan segera jika berlaku kejadian di luar jangka. Sebagai contoh, pihak konsesi akan melaksanakan kerja membersihkan jalan setelah kejadian tanah runtuh, menyediakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dan menyediakan laluan sementara,” katanya.
Nanta menjawab soalan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar yang ingin tahu penyelesaian komprehensif bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang masalah infrastruktur di JRTB yang mengakibatkan banyak kemalangan maut.
Selain kerja penyenggaraan rutin, beliau berkata kementerian turut memberi tumpuan kepada langkah meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, termasuk pemasangan lampu di kawasan berisiko kemalangan.
Sementara itu, Nanta berkata dua lokasi di Jalan Persekutuan FT004, iaitu Seksyen 73 dan Seksyen 75.5 disenaraikan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pemasangan lampu jalan baharu pada 2025 dengan kos berjumlah RM200,000.
Beliau berkata bagi penyelesaian jangka panjang, Kementerian Kerja Raya (KKR) mengemukakan permohonan untuk menaik taraf Laluan Persekutuan FT004 atau JRTB di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi kelulusan agensi pusat.
Cadangan projek itu melibatkan kerja menaik taraf Lebuh Raya Timur-Barat (LRTB) FT004 dari Seksyen 83.74 hingga Seksyen 198.40 di Perak serta dari Seksyen 198.40 hingga Seksyen 224.90 di daerah Jeli, Kelantan.
“Walau bagaimanapun, keputusan bagi permohonan cadangan projek berkenaan akan diketahui selepas pembentangan Belanjawan 2026 yang akan datang,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager