Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept, iaitu penurunan 15 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
GEORGE TOWN: Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept, iaitu penurunan 15 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi berkata berdasarkan statistik, majoriti kes HFMD di Pulau Pinang adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 4,298 kes atau 80.6 peratus.
“Bagi tempoh sama pada tahun lepas, sebanyak 6,267 kes HFMD direkodkan di Pulau Pinang, namun pada tahun ini ia menurun hingga 15 peratus dan hasil analisis setakat ME 36/2023 mendapati 95.7 peratus kes itu berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dengan majoriti kluster HFMD berlaku di institusi pendidikan serta pusat jagaan.
“Setakat ini, tiada kes HFMD di negeri ini yang dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital dan tiada kes kematian membabitkan penyakit berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Gooi berkata pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan taska merupakan tempat berisiko berlakunya kluster HFMD dan pada tahun ini, sejumlah 61.2 peratus daripada bilangan kluster yang direkodkan melibatkan kes yang kecil iaitu dua hingga empat kes.
“Berdasarkan statistik, bilangan kluster mengikut lokaliti ialah 50 tadika, taska (33), tabika (11), prasekolah (11) dan 12 sekolah rendah serta empat premis membabitkan pusat jagaan dan rumah persendirian,” katanya.
Beliau berkata langkah kawalan dan pencegahan telah diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan dan akan terus menjalankan pemantauan untuk mencegah daripada penularan kes HFMD di negeri ini.
Katanya, laporan HFMD menunjukkan daerah Timur Laut merekodkan kes tertinggi iaitu 1,507 diikuti Barat Daya sebanyak 1,214 kes, Seberang Perai Tengah (1,062 kes), Seberang Perai Utara (800 kes) dan Seberang Perai Selatan mencatatkan 752 kes.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko dijangkiti seperti basuh tangan dengan sabun dan mengekalkan kebersihan di rumah.
Gooi turut menyarankan ibu bapa untuk membawa anak-anak ke klinik atau hospital terdekat jika terdapat tanda-tanda atau gejala jangkitan dan mereka juga dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar dan pusat beli-belah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager