Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

59 TRAK SARAT BANTUAN MASUK KE GAZA – PERSATUAN BULAN SABIT MERAH PALESTIN

DALAM NEGARA

59 TRAK SARAT BANTUAN MASUK KE GAZA – PERSATUAN BULAN SABIT MERAH PALESTIN

Sumber Gambar: Media Sosial

RAMALLAH (Palestin): Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Selasa berkata sebanyak 59 trak bantuan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.

“Kru kami telah menerima pada malam ini sebanyak 59 trak sarat dengan bantuan melalui lintasan sempadan Rafah,” Agensi Anadolu (AA) memetik pertubuhan kemanusiaan itu dalam satu kenyataan.

Trak-trak itu membawa makanan, air, bantuan kecemasan, ubat-ubatan dan bekalan perubatan, menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, sebanyak 217 trak membawa bekalan bantuan tidak termasuk bahan api tiba di Semenanjung Gaza sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Okt, tambahnya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebelum konflik terbaharu, purata 500 trak memasuki wilayah itu pada setiap hari.

Bagaimanapun, semua itu terhenti selepas pertempuran bermula pada 7 Okt mengakibatkan wilayah Palestin berkenaan mengalami kekurangan teruk makanan, air dan ubat-ubatan. 

Menurut unjuran PBB, sekurang-kurangnya 100 trak bantuan diperlukan setiap hari untuk membekalkan keperluan kira-kira 2.3 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 8,525 orang kata Kementerian Kesihatan di Gaza pada Selasa.

“Mangsa termasuk 3,542 kanak-kanak dan 2,187 wanita manakala 21,543 orang lagi cedera,” kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra dalam sidang media di Gaza City.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading