Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

604 PEKERJA KILANG AYAM POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

604 PEKERJA KILANG AYAM POSITIF COVID-19

JASIN: Seramai 604 pekerja sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam, Jasin, disahkan positif COVID-19 selepas saringan dilakukan ke atas 1,871 pekerja sejak 1 Februari lalu hingga semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Ser Dr Adham Baba berkata, jangkitan di kilang berkenaan bermula dari seorang pekerja yang bergejala sebelum menular kepada pekerja lain termasuk pekerja tempatan dan warga asing sehingga wujudnya Kluster Industri Serkam.

Ujarnya, 1,871 pekerja kilang tersebut yang disaring melibatkan 443 pekerja tempatan manakala 1,428 lagi adalah pekerja asing.

“Setakat ini kita telah menempatkan individu positif yang bergejala di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk menerima rawatan selanjutnya.

“Bagi pekerja asing yang positif namun tidak bergejala akan dikuarantin di asrama dan kakitangan jabatan kesihatan akan terus melakukan pemantauan terhadap mereka,” katanya selepas melakukan tinjauan di sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam hari ini.

Selain itu katanya 154 kontak rapat yang disahkan negatif telah diarahkan menjalani perintah kuarantin di rumah akan dikawal selia petugas Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Kesang Tua dan Parit Gantung.

Menurut Dr Adham, operasi kilang berkenaan sudah diarahkan tutup selama tujuh hari selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu meletakkan pekerja di tempat yang sesak dan sempit dengan tidak menitikberatkan penjarakan fizikal. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading