610 PENTERNAK TERENGGANU TERIMA BANTUAN INPUT PENTERNAKAN
Sebanyak 610 penternak ruminan di Terengganu menerima bantuan pelbagai input penternakan bernilai hampir RM1 juta bagi memperkasakan sektor itu sekali gus meningkatkan hasil daging tempatan.
JERTIH: Sebanyak 610 penternak ruminan di Terengganu menerima bantuan pelbagai input penternakan bernilai hampir RM1 juta bagi memperkasakan sektor itu sekali gus meningkatkan hasil daging tempatan.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu Dr Anum Man berkata penyerahan bantuan input berkenaan bermula di daerah Besut dan Setiu hari ini melibatkan 166 penerima dengan kos RM261,000.
“Bantuan empat pakej yang diberikan kepada penternak ialah home plot (kawat duri, benih rumput napier, baja), mesin perincih rumput, makanan ternakan dan travis lembu.
“Setiap penerima mendapat bantuan bernilai antara RM1,800 hingga RM4,000 bagi barangan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Input Penternakan Ruminan Tahun 2023 bagi Penternak Ruminan Daerah Besut dan Setiu di Dewan Sivik Jabi di sini, hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Dr Azman Ibrahim.
Menurut Dr Anum, permohonan bagi mendapatkan bantuan itu telah dibuka selama sebulan sepanjang Januari lalu, dan pihaknya menerima sebanyak 901 permohonan.
“Setiap permohonan disaring bagi memastikan hanya penternak yang layak diluluskan permohonan mereka,” katanya.
Sementara itu Azman berkata program bantuan yang bermula pada 2022 itu diteruskan dengan penambahan peruntukan sehingga mencecah RM1 juta pada tahun ini berbanding hanya sekitar RM500,000 pada tahun lepas.
“Diharapkan bantuan ini akan dapat merancakkan lagi sektor penternakan di Terengganu sekali gus meningkatkan hasil bekalan daging tempatan memandangkan buat masa ini bekalan daging di negeri ini masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan,” katanya.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests